~a cHiLD @ hEarT~
she is the one and only cItyayNa.cItyayNa sometimes also goes by the name str0ng s0uL.
cItyayNa is 20 in the year 2008 but will be ?? at 160620??. cItyayNa is currently working at HSBC KL.
weLc0mE!!
~sEEkiNg h0pE~
im seeking pupil who can help me live... tired being pushed...
~LailahaillAllah...~
Dear Allah... help me when im lost, guide me to the best wonder to Ur Heaven. I've done lots of wrong wif my parent and the olders... forgive me... amin...
~my wIsh...~
sEm0gE apE yG cItyayNa ImpIkaN akaN jaDi kEnyatAaN... YA ALLAH, aKu tErLaLu bErm0h0n kEpaDa-Mu....
~taGb0aRD~
tagboard goes here. for people to come along and ramble ramble ramble.
it's fun to make a lot of noise.
~pUpiL!!! yG x sEgaN... ;p hihi...~
~rUnniNg iN rEvErsE~
crEdiTs
~ kEgaGaHan waNitA & kecaNtikaN LeLaki ~
- Monday, May 26, 2008 -
KEGAGAHAN WANITAkegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada KEKUATAN PERASAAN. wanita yang gagah adalah ;* wanita yang tahan menerima SEBUAH KEHILANGAN* wanita yang tidak takut pada KEMISKINAN* wanita yang TABAH menanggung kerinduan setelah ditinggalkan* wanita yang tidak MEMINTA-MINTA agar dipenuhi segala keinginan"kegagahan wanita berdiri di atas KETEGUHAN IMAN. KHADIJAH adalah KEGAGAHAN SEMPURNA bagi seorang wanita."KECANTIKAN LELAKIkecantikan seorang lelaki pada MURNI ROHANI.lelaki yang cantik adalah;* lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk INGATAN* lalaki yang sedia menerima segala TEGURAN* lelaki yang memberi MADU, seteolah menerima RACUN* lelaki yang TENANG dan LAPANG DADA* lelaki yang BAIK SANGKA* lelaki yang tak pernah BERPUTUS ASA" kecantikan lalaki berdiri di atas KEMULIAAN HATI.NABI MUHAMMAD S.A.W. adalah KECANTIKAN SEMPURNA bagi seorang lelaki."
< 11:27 AM >
~maNusIa bErhaDapaN dEngaN 6 pErsImpangaN ~
- Sunday, May 25, 2008 -
sesungguhnya iblis berada di depanmusesungguhnya jiwa di sebelah kananmusesungguhnya nafsu di sebelah kirimusesungguhnya dunia di sebelah belakangmusesungguhnya semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmudan..... sedangkan ALLAH di atasmusementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agamasementara jiwa mengajakmu ke arah maksiatsementara nafsu mengajakmu memenuhi syahwatsementara dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhiratsementara anggota tubuh mengajakmu melakukan dosadan..... ALLAH mengajakmu masuk SYURGA serta mendapat keampunanNYAsesiapa yang memenuhi ajakan iblis..............................................maka hilang agama dari dirinya
sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa..............................................maka hilang nilai jiwanyasesiapa yang memenuhi ajakan nafsu...........................................maka hilang akal dari dirinyasesiapa yang memenuhi ajakan dunia...........................................maka hilang akhirat dari dirinyasesiapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya.....................maka hilang SYURGA dari dirinyasesiapa yang memenuhi ajakan ALLAH SWT.............maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan.....
< 4:56 PM >
~ sEbab-sEbab d0a tiDak DimakbULkan ~
- -
Pernah orang bertanya Ibrahim At’ham ( seorang Ahli Tasauf yang Masyhur ), mengapa doa mereka tidak dimakbulkan Allah, pada hal mereka selalu berdoa.
Jawapan beliau adalah seperti berikut :-
Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak tunaikan Haknya.
Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak berAmal dengannya.
Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah tetapi, kamu tidak tunaikan Syukurnya.
Kamu telah berkata Syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya. \
Kamu telah berkata bahawa Syurga itu benar, tetapi kamu tidak Beramal Untuknya.
Kamu telah berkata bahawa Neraka itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuk mengelaknya.
Kamu telah berkata bahawa Mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia ubtuknya.
Kamu bangun dari tidur lalu kamu menceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
Kamu Kuburkan Mayat, tetapi kamu tidak mengambil Iktibar daripada mereka.
SYARAT-SYARAT DOA SUPAYA DIMAKBULKAN
Berdoa didalam keadaan suci daripada Hadas dan Najis.
Memohon perkara perkara kebajikan
Disertai oleh rasa penyesalan diatas Dosa2 yang lalu
Pada waktu-waktu tertentu seperti lepas sembahyang Fardhu, wahtu tengah Malam atau Hari Jumaat ( paling baik berdoa antara dua Khutbah )
Dengan Khusyuk elok sangka dengan Allah
Hidup dengan makanan yang Halal
Tiada meminta perkara maksiat
Menyeru nama Allah yang munasabah dengan hajat yang diminta
Mengkasa dengan mengulang-ulang permohonan itu.
< 4:52 PM >
~ L0vE stOry.... ~
- Friday, May 16, 2008 -
Kisah bersama Su, Zu, As, Mag dan Is........Aku dan SuSu , dah lama aku melupakan kau. Tak macam dulu. Contohnya tadi, aku betul-betul lupa, Su . Pagi tu, aku bangun lambat. Dekat-dekat pukul lapan. Kelam kabut aku bersiap untuk ke kelas, mana tidaknya, malam tadi aku tidak tidur semalaman. Assignment bertimbun. Report makmal latihanla, latihan Kaedah Berangka la, ulasan buku la. Tu belum lagi dengan preparation kuiz elektronik esok. Lecturer-lecturer ni pun satu, macam dah pakat ramai-ramai je nak bagi assignment banyak-banyak. Diaorang ingat aku ni apa? Robot ke?Menyesal aku tak siapkan awal-awal assignment tu. Kalau tak, takdela ia jadi macam ni. Minta maaf, Su .Aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi kau faham-faham je lah keadaanaku. Bukan kau sorang je aku lama tak jumpa, Su . Zu pun lama aku tak jenguk. Aku dan ZuKesian Zu . 'Sorry' bebanyak la, Zu . Aku sekarang lambat balik kelas.Pukul satu. Tu pun kalau takde kelas petang. Kalau ada kelas petang,harus aku terpele'ot. Balik je, lapar-lapar tu, aku terus je pergi kedai MakNgah.Ala, kedai nasi lemak 'power' tu. Lepas pekene nasi lemak Mak Ngah, aku tak lengah,terus tidur. Kadang-kadang sekejap, biasanya lama. Aku tahu,Zu . Dulu aku rajin jumpa kau 'time-time' macam ni, tapi sekarang aku pun tak tau kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku takde masa, Zu .Aku dan As As , kau sorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak macam aku dah mengabaikan kau aje sekarang ni. Aku sibuk, As . Petang-petang aku pergi 'library', 'study'. Takpun, ada meeting time tu. Kau kan tau, aku presiden Kelab Kebersihan. Kejap-kejap ada je program. Aku kene jaga anak-anak buah aku tu.. Diaorang tu bukan tau sangat buat keje. 'Meeting' pulak tu, bukan tau nak sekejap, mesti lajak sejam dua punya. Kalau meeting 'start' pukul4, harus pukul 6 baru 'settle'. Tu belum kira borak-borak kosong lagi.Diaorang ni, kalau 'meeting' tak lama, tak mahasiswa la kononnya.Aku dan MagMag pun aku dah ingat-ingat lupa. Agaknya sebab engkau ni ganjil, kot.Yang lain tak ganjil macam kau. Macam mana aku nak jumpa kau, Mag . Sekarang ni, latihan bola sepak tengah giat. 'Coach' nak pilih pemain-pemain handal aje untuk 'team' dia. So, latihan pun dipanjangkan. Aku pulak, mestilah berlatih bersungguh-sungguh. Aku dulu pemain sekolah. Kalau aku tak terpilih, malu besar la aku. Mana aku nak letak muka aku ni.Kawan-kawan aku semuanya kaki bola. Diaorang semua balik lewat. Main sampai hari gelap. Kalau aku balik awal, alamat balik sorang-sorang la aku. Aku dahla menumpang motor orang. Balik aje dari main bola, aku tak terus mandi.Mana boleh mandi masa berpeluh, panau nanti. Agak-agak penat dah hilang,baru aku mandi. Lepas mandi, member-member aku semua ajak keluar makan.Aku dan IsAku tahu ada temujanji dengan Is malam ni, pukul lapan setengah. Tapi member-member aku dah tunggu. Kalau aku tak pergi, nanti diaorang kata aku sombong la, macam-macam. Tu yang aku tak nak dengar tu. Dah tu kitaorang lepas makan, sembang la pulak. Lepas satu topik, satu topik keluar..Balik lewat malam. Layan pulak VCD Hindustan lepas tu dengan member-member.Is ,'sorry'. 'Last-last', semuanya aku tinggalkan.Kawan-kawan semua,untuk pengetahuan korang, nama sebenar kawan- kawan aku tu, Su , Zu , As , Mag dan Is , masing-masing adalah SUBUH,ZUHUR,ASAR,MAGHRIB & ISYAK. korang semua janganlah jadi macam aku. Jagalah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga. Mereka semua adalah 'kawan sejati' kita yang sebenar, yang akan "backing" kita kat akhirat nanti. Semoga cerita rekaan yang takde kaitan dengan sesiapa ni menjadi pengajaran dan iktibarkepada kita semua.
< 7:14 PM >
~ mImpI se0raNg gaDiS ~
- -
Untuk Renungan Bersama.....Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis inisedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya."Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :-"Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi."Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan.Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."Gadis itu berhenti seketika menahan sebak."Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya.Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran Islam dan isteri yang taat kepada suaminya?Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil.Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga Nabi.Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintahagama"Lalu dijawab oleh ayahnya. "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia"Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tangan kumelecur teruk.Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah....Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun.........
< 6:55 PM >
~ w0rDs fR0m a fRieNd ~
- Sunday, May 11, 2008 -
safar HambaAllah (5/10/2008 6:35:31 AM): Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan,Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah,Membuat kita kaya di Dunia,Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat,serta Rahmatnya yang Maha Luas,Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan kita Berbeza dengan Orang lain,kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri,Jangan Bersedih...Bila Disakiti,Dicela Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa,Jangan Bersedih..Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan,Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan kita akan Membuat Musuh kita Gembira,Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allahsafar HambaAllah (4/24/2008 6:43:42 PM): Tanda 40 hari sebelum hari mati Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakit
safar HambaAllah (4/26/2008 10:25:29 PM): Tanda 7 hari an di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
< 12:44 AM >