~~ mErdEkA! merDeKa! MeRDeka! ~~
- Thursday, August 31, 2006 -


Tanggal 31Bulan
lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan
lima puluh tujuh Hari mulia
negaraku merdeka
: : SALAM KEMERDEKAAN KE 49 MALAYSIA : :
< 1:19 AM >
~~ raHsiA keCaNtikaN sEbeNaR... ~~
- Monday, August 28, 2006 -
Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'aMemang tak disangsikan lagi, bila kita berwudhu dan insya ALLAH bila dihayati ibadat kita ni, memang wajah kita akan segar dan org nampak pun bercahaya. Pelikkan padahalnya kita tak letak pun lampu ke lilin ke atau tepek kertas fluorescent kat muka pun kan? Alahai, alangkah bahagianya jika kita mcm tu dan org2 yang kita pandang pun mcm tu. Kengkawan mesti pernah dengar kan cerita ulama dgn pramugari tu? Ala yg pramugari tu tegur sorang ulama bila dia basuh kaki masa amik wudhu tu. Ok lah saye cilok cerita tu sket kalau tak nanti tak semua faham maksud saya. Bila je ditegur ulama nih pun tanyala si pramugari berapa kali dia basuh muka sehari. Pramugari tu kate 2-3 kali. Pastu ulama tu jawab kata dia basuh kaki dia at least 5 kali sehari maksudnya kaki dia lagi bersih dari pramugari tuh. Tapi mmg la secara logiknya kan, bila kita cuci muka kerap2 bersihla jadiknya kan. Kalau nak naik jerawat pun jerawat kata kensel aa muka dia nih asyik cuci aje?.ke ke?Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.Dah berkali-kali kita baca tentang kelebihannya pergerakan-pergerakan ketika kita menunaikan solat. Tambah pulak bila kita solat berjemaah, selain dapat pahala, kita juga boleh meneutralkan cas2 yang terlebih ke terkurang dalam badan kita dlm proses peneutralan semasa kita solat beramai2 tuh. Bukan taknak kasi orang bersukan tapi pada saya la banyak sangat pantang larang bila kita nak bersukan kat luar. Aurat nak kene jaga. Pastu pergerakan esp yang perempuan kalau over kan tutup pun nampak sensored abis?tak larat sampai mak cik nak nengok. Dengan solat, pahala pun dapat faedah pun ada. So, cukup2 kan lah solat kita nih supaya tenang di hati dan lega di badan ek?..Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMINehe..tak comel ke atau ilang macho ke kalau senyum? Jangan runsing la kalau kita rasa kita tak lawa mana. Kalau kita senyum semua orang akan senang dengan kita dan insya ALLAH hidup kita akan lebih senang dan tenangUntuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.Apa dia kalimat2 ALLAH? Ramai yang macam tertanya-tanya nak kene ngaji ke? Camne lak aku nak ngaji kalau setakat hafal surah al Fatihah aje. Ntah la, bila takde buat mende mcm naik bas ke, tgh bawak kete sesorang la sebagai contohnya, takde ruginya kalau kita berzikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..tak pun gini, asmaul Husna tu kan?kita fotostat satu copy arini baca arRahman, esok ar Rahim, bila dah cukup 99 hari kita dah pun berzikir nama2 ALLAH?dan bila 3 kali baca asmaul Husna dah nak abis setahun kan?pasal kuantiti toksah runsing la biar ALLAH aje yang tahu sbb perkara yang penting nya adalah kita berzikir.Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.Tambah pulak kalau kita on diet kan. Elok lah guna cara berpuasa di samping kita bermuhasabah mengenang untungnya kita kat Malaysia ni even kurang gula di pasaran he he, kita masih cukup makan kan? Siannya kat orang yang kelaparan..Uhuk!!!Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.bukan maksud mengembang tu nak membesarkan body kan, nih nak kasi kita menonjol gitu? ingat lagi masa form 1 kat sekolah saye dulu, wajib kene bagi salam kat senior. Maklum la junior tapi no hal la bila kenang2, dah la dapat pahala tapi kita juga akan menghormati dan akan dihormati juga? sayangnya budaya bagi salam nih kat kalangan junior jek? macam orang yang keje dalam kilang ke, atau pejabat dia besar dan selalu lalu lalang kan, sebarkan lah salam dan time makan tu terkena dok semeja dgn org yg tak kenal, tegur2 la supaya kite jadik glamer.. he he.. glamer ni rezeki tau..tak caya? Cuba lah dulu dan anda akan faham apa itu rezeki yang saya maksudkan?..
< 11:13 AM >
~~ sEDekaH jaRiaH - kEbajIkaN yaNg x b'aKhEr... ~~
- -
1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.3. Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.4. Bantu mendidik seorang anak.5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.6. Berkongsi CD Quran atau Do'a.7. Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.10. Copy n paste post dan hantar kepada orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.Sebenarnya banyak lagi, tapi amalkanlah antara contoh-contoh di atas... INSYAALLAH...Insyallah.
< 10:55 AM >
~~ tELefoN iLaNg? nK buaT caMaNe nI?? ~~
- -
Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda
daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi
boleh dijual kepada orang lain.Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang
tersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.
Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :-
* # 0 6 #
tanpa ruang kosong. (star hash kosong enam hash)Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap
telepon bimbit. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.
Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan
telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM,
Maxis atau Digi. Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh
disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih
tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan
menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya
setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan
nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit. Kes-kes kehilangan
dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak
boleh dijual dan digunakan.
< 10:40 AM >
~~ kEinDaHaN MeQaH & MaDiNaH ~~
- Wednesday, August 23, 2006 -
< 10:44 AM >
~~ mAksuD taLkiN dLm baHSe mELayU ~~
- Monday, August 21, 2006 -
Maksud(dalam BM) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia.Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang,sama2lah kita lebihkan amal ibadat.Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat,InsyaAllah..WALLAHU A'LAAMM.Bismillah hir rah man nir rahim.Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat AllahTaala.Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA BinIBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengansebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasenya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaituMungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta jan ganlah kamu susah-hati dan terkejut.Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:Siapakah Tuhan kamu?Siapakah Nabi kamu?Apakah agama kamu?Apakah kiblat kamu?Siapakah saudara kamu?Apakah pegangan iktikad kamu?Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar,janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang danberhati-hati.Hendaklah kamu jawab begini:Allah Taala Tuhanku,Muhammad nabiku,Islam agamaku,kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar,soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang didalam kubur.Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan AllahTaala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benarberada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramalsoleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yangingat-mengingatidengan kesabaran." Surah Al-A'sr Dari Abdullah bin 'Amr R.A,RasulullahS.A.W bersabda: "Sampaikanlahpesanku walaupunpun satu ayat..."
< 12:38 PM >
~~ 24 jaM aZaN Di duNiA ~~
- -
Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.Subhanallah...Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, danNabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan AllahS.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula puladi-Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di-Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangkamasa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman,Kuwait dan Iraq.Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktusembahyang, tidak putus-putus.Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!),akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.Allahu Akhbar!
< 12:32 PM >
~~ sEkaDaR mEngINgaTkaN ~~
- Tuesday, August 08, 2006 -
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.5 . Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapankepadanya...Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.3 . Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.Nabi Muhammad S.A.W bersabda:"Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.Beberapa kata renungan dari Qur'an :Orang Yang Tidak Melakukan Solat:Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinarZuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinyaAsar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatanMaghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknyaIsyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
< 3:27 PM >
~~ hInEnyE oRg yG x SemaYaNg ~~
- Monday, August 07, 2006 -
Buat peringatan untuk kita semua yang sentiasa 'sibuk' /mencari alasan....dll (Jangan ambil mudah)Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pada zaman Nabi Musa A.S.Begini kisahnya... pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudahberumahtangga , dia tak de .. zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar),"kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah...Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat NabiMuhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payahbuat, tapi kena denda(dam) atau sedekah.. Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brgsiapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu..Lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya..lalu,Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu x payah minum air kencing anjing hitam,tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu.Lalu, lelaki tupun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi...Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air ygjatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam..Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi..Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sbb kalaumeninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalambasuhan makanan, nasi, dsb.. anak-anak, suami pulak yg akan makanm makananyg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tanganorg tinggalkan solat..tak gamakkan?tapi..lain pulak halnya dgn kita ni.. pagi petang..mamak!!teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat...kita pun makan bekas air tangan dia.. gelap lah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a.s.Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah dibawah tanggunganmu." jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir& batinnya, kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neracaMizan kelak...
< 9:50 AM >
~~ uMaT iSLaM x SemAyaNg!! mUsti baCe!!! ~~
- Saturday, August 05, 2006 -
Percaya ke kita bila disebutkan bahawa hanya 1 atau 2% sahaja umat Islam yang sembahyang? Kalau kita tak percaya maknanya mungkin kita belum faham makna sembahyang. Bila kita tanya budak kecil apa itu sembahyang, dia jawab, sembah Tuhanlah!.Betullah tu, pandai pun dia jawab.Kita tanya pula diri kita yang dah dewasa ini, betul ke kita dah sembah Tuhan bila kita sembahyang? Sebagai panduan, berikut adalah 9 golongan manusia dalam hal sembahyang. Yang betul-betul boleh dikira sembahyang ialah kategori 7,8 dan 9 sahaja. Yang lain itu hakikatnya termasuk dalam golongan 98 atau 99% yang tak sembahyang...takut juga kita dibuatnya1. Golongan yang langsung tidak bersembahyang dan menolak perintah sembahyang.Mereka ini namanya saja Islam, tetapi memang tak mahu sembahyang. Malah tak tahu pun macam mana hendak sembahyang dan tak ambil peduli langsung tentang sembahyang. Mengikut Hadis, mereka ini dihukum sebagai kufur. Kalau dah kufur...confirmlah kekal selama-lamanya dalam Neraka...waliauzubillah.2.Golongan yang bersembahyang tanpa ilmu sembahyang.Mereka ini sembahyang sebab terikut-ikut orang lain sembahyang.Tetapi yang sebenarnya, tak tamat ilmu sembahyang pun. Mereka ini tidak tahu yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Bacaan pun tak betul, yang panjang jadi pendek dan yang pendek jadi panjang. Sah batalnya tidak tahu, bab bersuci pun tidak beres lagi. Sembahyang begini tentulah tidak diterima ALLAH SWT. Macamlah orang yang bagi jawapan tak betul dalam exam, mana cikgu nak luluskan. Tak passlah jawabnya!3.Golongan yang ada ilmu sembahyang tetapi tak kuat nak lawan nafsu.Mereka ini lulus subjek Pengetahuan Agama Islam, kadang-kadang boleh score A1 lagi. Tapi bila Brazil masuk World Cup final, sembahyang pun qada'.Kadang-kadang terlepas waktu kerana sibuk sangat buat kerja nak cari duit. Kalau sembahyang pun, sembahyang exercise sahaja. Tonggang tonggek untuk lancarkan peredaran darah tapi fikiran mereka boleh round seluruh dunia. Mereka ini golongan yang fasik atau zalim. Untuk mudah nak faham, mereka ini golongan Islam yang jahat. Macam mana yang dikatakan jahat? Mengadap Tuhan boleh lagi nak main-main...kalau depan raja pun orang dah kata biadap, inikan pula depan Tuhan, Raja segala raja.Mereka ini kalau tak merayu minta ampun, alamatnya akan dihalau dari istana raja (kalau dengan Tuhan - Syurgalah) Kalau dah dihalau dari Syurga, kemana agaknya kita kena pergi, sudah tentu semua dah maklum! 4. Golongan yang lalai dalam sembahyang.Mereka ini satu tangga lebih baik dari yang tadi. Mereka dah tak main qada' sembahyang. Kadang-kadang bila frust atau dalam keadaan stress, cukup rajin pula sembahyang jemaah dimasjid atau di surau. Orang sangka mereka ini orang baik-baik, tetapi sebenarnya belum lagi. Kalau kita nak tahu, diwaktu sembahyang hati dan fikiran mereka selalu melayang teringatkan problem yang masih tak selesai. Contohnya bergaduh dengan isteri, ceti dah datang, kunci hiang dll. Kadang-kadang sungguh hebatnya sampai teresak-esak menangis dalam sembahyang. Bukan tangiskan dosa dan takutkan Tuhan tapi sebab melayan perasaan sendiri. Dan ada dikalangan mereka yang lebih hebat lagi, bila bagi salam, kunci pun dapat! Memang tepatlah kalau mereka ini dikatakan golongan yang lalai.Mereka ini termasuk juga golongan yang biadap dengan Tuhan, macam orang yang berdepan dengan raja tapi buat hal sendiri. Raja tetap marah kerana tidak dihormati. Di Akhirat nanti, tempat mereka ialah di Neraka Wail, waliauzubillah. 5.Golongan yang sembahyang tarik tali.Mereka ini lebih baik sikit dari yang di atas iaitu sentiasa tarik tali antara ingat bacaan sembahyang dengan tidak. Kadang-kadang ingat, kadang-kadang lalai. Macamlah orang yang ada penyakit amnesia (hilang ingatan). Kejap sedar, kejap tak sedar. Baru cakap separuh jalan, dah pengsan. Kalau raja rasa yang penyakit ini dah teruk, tentu raja suruh dia tinggal di hospital agar penyakitnya boleh di"rawat ".Kalau masih terkawal, ada peluang juga tinggal di kalangan tetamu raja. Jadi, golongan ini walaupun bersembahyang tapi belum selamat. Sebab terpulanglah kepada Tuhan, macam mana Than nak beri 'markah'. Golongan ini bila sedar, hendaklah banyak meminta ampun kepada ALLAH, moga-moga ALLAH terima mana-mana bahagian sembahyang yang dia ingat, manakala yang lalai tidak dikira. Disamping itu, hendaklah mereka terus tingkatkan kualiti sembahyang mereka.6.Golongan yang tidak memahami sepenuhnya maksud bacaan dalam sembahyang.Mereka ini fikirannya tidak lagi melilau-lilau atau bertarik tali dalam sembahyangnya. Mereka dah boleh beri tumpuan pada bacaan-bacaan dan lafaz-lafaz yang diucap dalam sembahyang. Sembahyang mereka pun nampak cantik dan sempurna. Kalau baca Fatihah, kalah lidah orang Arab, tetapi tak ubah macam duit palsu sahaja. Nampak macam yang original tapi tak ada nilai apa-apa. Mereka ini sebenarnya tak faham apa yang dibaca...dan tak nak pula belajar makna bacaan sembahyangnya. Nak khusyuk macam mana?... memanglah impossible! Inilah golongan awamul muslimin. Golongan ini juga belum selamat. Kalau di depan raja, mereka ini ibarat burung kakak tua yang tak faham apa yang diperkatakannya. Manusia yang berperangai burung kakak tua didepan Tuhan, manalah Tuhan suka! 7.Golongan yang selamat.Mereka bersembahyang dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki ALLAH. Selain sembahyangnya tepat secara zahir, fikiran dan hatinya dapat ditumpukan sepenuhnya kepada sembahyang. Faham pula apa yang diucapkan dalam sembahyang.Kalau di istana, mereka inilah yang layak jadi tetamu raja. Mereka berkelakuan sopan dan pandai menghormati raja. Raja pun suka pada mereka.Raja tidak berat hati nak offer duduk lama-lama dalam istananya. Golongan ini selamat di dunia dan di Akhirat dan dapat masuk Syurga.Mereka inilah yang dikatakan orang-orang soleh.8.Golongan muqarrabin.Mereka bukan sahaja khusyuk dalam sembahyang, tetapi dapat juga rasa lazat dalam sembahyang, lebih lazat dari makan sate Kajang. Bila baca tentang azab ALLAH, kecut hati dan perut mereka.Bila baca tentang rahmat ALLAH, hati mereka cukup tenang dan gembira. Mereka benar-benar dapat menjiwai sembahyang mereka. Darjat mereka ini lebih tinggi dari golongan 7. Kalau di istana raja, mereka ibarat pekerja-pekerja yang setia dengan raja. Bukan saja mereka memuliakan raja, bahkan semua titah raja dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan rasa seronok. Tak bagi gaji pun tak apa, asalkan dapat berkhidmat kpd raja. Orang begini, memanglah boleh terus menerus duduk di dalam istana. Nak keluar masuk istana, tak payah soal siasat. Cukup tunjukkan punch card. Malah raja bagi pula kemudahan-kemudahan istimewa untuk mereka. Di Akhirat nanti, mereka bukan sahaja selamat, tetapi tidak banyak dihisab di Padang Mahsyar. Mereka ini bukan sahaja tidak melakukan perkara yang haram dan makruh, malah yang harus juga dijadikan ibadah. 9. Golongan siddiqin.Golongan ini golongan yang luar biasa. Mereka ini bukan kena paksa diri untuk sembahyang tetapi betul-betul seronok nak sembahyang. Bukan rasa lazat sahaja, tetapi sangat terhibur dan begitu asyik mahsyuk kpd ALLAH sewaktu sembahyang (macam orang yang sedang memadu cinta) Mereka ini terdiri dari kalangan para rasul dan anbia' ALLAH. Mereka ini ibarat menteri-menteri dan panglima raja. Mereka boleh rasa terhibur kalau terpaksa gadaikan nyawa sendiri untuk selamatkan raja. Mana raja tak sayangkan mereka!. Keluar masuk istana langsung tidak diperiksa. Malah banyak keistimewaan yang dianugerahkan raja kpd mereka.Nasib mereka di Akhirat tak payahlah nak dicerita. Merekalah yang menjadi wakil Tuhan untuk selamatkan manusia. Begitulah 9 kategori golongan manusia dan sembahyangnya...dimana kita agaknya? Bila diperiksa sembahyang kita agaknya belum lulus lagi. Ingatkan rasa lega dah tunaikan sembahyang, rasa dah cukup baik tetapi rupa-rupanya belum selamat lagi. Rupa-rupanya masih derhaka dan sangat biadap dengan Tuhan. Masya-ALLAH tak sedar yang kita derhaka dalam buat taat!. Marilah kita berusaha sungguh-sungguh untuk meningkatkan sembahyang ke peringkat 7 atau 8 kalau kita sayangkan diri kita. (Peringkat 9 memang tak boleh untuk orang macam kita). Moga-moga kita selamat di dunia dan Akhirat.
akhirnya..cerminlah diri kita..termasuk diri saya yang sangat kurang sempurna..kerana setiap hari banyak dosa yang telah dilakukan...
Tuhanku..ampunilah dosa hambaMu..p/s ; Ya AlLaH... aKu pOn teRmaSok dLm goLonGaN yG laLai wALaupOn aKu jaGe sEmbAhyaNg aKu... k0raNg... aKu bKn nK ceraMaH... tP sBg m'sIa aHer zMn nIh kOranG piKiR La bEbaIk...
< 8:27 AM >
~~ aRtiKeL 11 pEmuSnaH aGamE!!! ~~
- Thursday, August 03, 2006 -
Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) membantah sekeras-kerasnya niat tersirat kumpulan Artikel 11, yang cuba menekan kerajaan supaya membenarkan murtad tanpa sebarang halangan, kata Presidennya Azmi Abdul Hamid.
Menurut Azmi, kumpulan itu mempunyai agenda jahat kerana menyembunyikan hasrat tersebut, yang sengaja tidak dinyatakan dalam petisyen mereka yang akan dikemukakan kepada Perdana Menteri.Selama ini katanya, orang bukan Islam di negara ini tiada masalah untuk mengamalkan tuntutan agama mereka.
Malah, ruang yang diberi sangat luas kepada bukan Islam untuk mereka merayakan pelbagai perayaan keagamaan dan membuat pelbagai prasarana untuk agama mereka, berbanding rakan-rakan mereka di negara-negara sekular seperti Denmark, Perancis dan Singapura.“Jadi, mengapa mereka hendak mempersoalkan undang-undang Syariah yang hendak digunapakai ke atas orang Islam?”“Kalau seseorang itu hendak murtad, kita ada peraturan kita. Agama lain terpulang kepada dia.
Islam ada sistem kehakimannya iaitu mahkamah Syariah, mengapa perkara ini mereka hendak nafikan?” ujarnya.Tambahnya, sekiranya kumpulan itu menyakini dengan sistem undang-undang Sivil yang termaktub dalam perlembagaan, maka, tidak sewajarnya mereka menolak undang-undang Syariah yang juga termaktub dalam perlembagaan yang sama.“Niat mereka sebenarnya ialah untuk menghalang undang-undang Syariah berkuatkuasa sepenuhnya,” jelasnya .
Dan kumpulan ini, katanya akan memfokuskan isu murtad dan pemelukan Islam yang di bawah bidang kuasa mahkamah Syariah.Beliau diminta mengulas gerakan sebuah kumpulan yang dinamakan Artikel 11, yang sedang berusaha meraih sokongan untuk mendesak kerajaan, antaranya menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama (IFC).Semalam, Malaysia Today melaporkan forum anjuran kumpulan berkenaan di sebuah hotel di Pulau Pinang, terpaksa dibatalkan berikutan, kira-kira 1000 umat Islam mengadakan bantahan ketika forum berkenaan berlangsung.
Merujuk petisyen kumpulan berkenaan, yang mahukan kerajaan mengesahkan negara ini tidak akan dijadikan sebuah negara teokratik, Azmi berkata, di dalam perlembagaan tidak menunjukkan hasrat tersebut.“Cuma perlembagaan menyatakan agama rasmi negara ialah Islam, jadi mengapa mereka mahu menekankan kerajaan dalam hal ini?” jelasnya.Tambahnya, kumpulan berkenaan juga mempertikaikan undang-undang Syariah yang dikatakan bertentangan dengan hak asasi manusia.“Apa hak mereka untuk mencampuri urusan agama Islam,” soalnya.
Hentikan cubaan ini,kerana kesabaran orang Islam ada hadnya, katanya.
< 11:49 AM >
~~ pErgHhh!!! ~~
- -

mAk 0i... lamE giLe x UpDatE bLog nIh...
aL maKLumLah... x bEbaYo...
hihihihi....
bYk pRobLem sEpjG aKu x 0nLinE niH...
mCm2 nK kEne dEaL...
fEniN...fEniN...
< 11:01 AM >