~a cHiLD @ hEarT~
she is the one and only cItyayNa.cItyayNa sometimes also goes by the name str0ng s0uL.
cItyayNa is 20 in the year 2008 but will be ?? at 160620??. cItyayNa is currently working at HSBC KL.
weLc0mE!!
~sEEkiNg h0pE~
im seeking pupil who can help me live... tired being pushed...
~LailahaillAllah...~
Dear Allah... help me when im lost, guide me to the best wonder to Ur Heaven. I've done lots of wrong wif my parent and the olders... forgive me... amin...
~my wIsh...~
sEm0gE apE yG cItyayNa ImpIkaN akaN jaDi kEnyatAaN... YA ALLAH, aKu tErLaLu bErm0h0n kEpaDa-Mu....
~taGb0aRD~
tagboard goes here. for people to come along and ramble ramble ramble.
it's fun to make a lot of noise.
~pUpiL!!! yG x sEgaN... ;p hihi...~
~rUnniNg iN rEvErsE~
crEdiTs
~~ aRtiKeL 11 pEmuSnaH aGamE!!! ~~
- Thursday, August 03, 2006 -
Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) membantah sekeras-kerasnya niat tersirat kumpulan Artikel 11, yang cuba menekan kerajaan supaya membenarkan murtad tanpa sebarang halangan, kata Presidennya Azmi Abdul Hamid.
Menurut Azmi, kumpulan itu mempunyai agenda jahat kerana menyembunyikan hasrat tersebut, yang sengaja tidak dinyatakan dalam petisyen mereka yang akan dikemukakan kepada Perdana Menteri.Selama ini katanya, orang bukan Islam di negara ini tiada masalah untuk mengamalkan tuntutan agama mereka.
Malah, ruang yang diberi sangat luas kepada bukan Islam untuk mereka merayakan pelbagai perayaan keagamaan dan membuat pelbagai prasarana untuk agama mereka, berbanding rakan-rakan mereka di negara-negara sekular seperti Denmark, Perancis dan Singapura.“Jadi, mengapa mereka hendak mempersoalkan undang-undang Syariah yang hendak digunapakai ke atas orang Islam?”“Kalau seseorang itu hendak murtad, kita ada peraturan kita. Agama lain terpulang kepada dia.
Islam ada sistem kehakimannya iaitu mahkamah Syariah, mengapa perkara ini mereka hendak nafikan?” ujarnya.Tambahnya, sekiranya kumpulan itu menyakini dengan sistem undang-undang Sivil yang termaktub dalam perlembagaan, maka, tidak sewajarnya mereka menolak undang-undang Syariah yang juga termaktub dalam perlembagaan yang sama.“Niat mereka sebenarnya ialah untuk menghalang undang-undang Syariah berkuatkuasa sepenuhnya,” jelasnya .
Dan kumpulan ini, katanya akan memfokuskan isu murtad dan pemelukan Islam yang di bawah bidang kuasa mahkamah Syariah.Beliau diminta mengulas gerakan sebuah kumpulan yang dinamakan Artikel 11, yang sedang berusaha meraih sokongan untuk mendesak kerajaan, antaranya menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama (IFC).Semalam, Malaysia Today melaporkan forum anjuran kumpulan berkenaan di sebuah hotel di Pulau Pinang, terpaksa dibatalkan berikutan, kira-kira 1000 umat Islam mengadakan bantahan ketika forum berkenaan berlangsung.
Merujuk petisyen kumpulan berkenaan, yang mahukan kerajaan mengesahkan negara ini tidak akan dijadikan sebuah negara teokratik, Azmi berkata, di dalam perlembagaan tidak menunjukkan hasrat tersebut.“Cuma perlembagaan menyatakan agama rasmi negara ialah Islam, jadi mengapa mereka mahu menekankan kerajaan dalam hal ini?” jelasnya.Tambahnya, kumpulan berkenaan juga mempertikaikan undang-undang Syariah yang dikatakan bertentangan dengan hak asasi manusia.“Apa hak mereka untuk mencampuri urusan agama Islam,” soalnya.
Hentikan cubaan ini,kerana kesabaran orang Islam ada hadnya, katanya.
< 11:49 AM >