~a cHiLD @ hEarT~
she is the one and only cItyayNa.cItyayNa sometimes also goes by the name str0ng s0uL. cItyayNa is 20 in the year 2008 but will be ?? at 160620??. cItyayNa is currently working at HSBC KL.
weLc0mE!!


~sEEkiNg h0pE~
im seeking pupil who can help me live... tired being pushed...


~LailahaillAllah...~
Dear Allah... help me when im lost, guide me to the best wonder to Ur Heaven. I've done lots of wrong wif my parent and the olders... forgive me... amin...


~my wIsh...~
sEm0gE apE yG cItyayNa ImpIkaN akaN jaDi kEnyatAaN... YA ALLAH, aKu tErLaLu bErm0h0n kEpaDa-Mu....


~taGb0aRD~
tagboard goes here. for people to come along and ramble ramble ramble. it's fun to make a lot of noise.


~pUpiL!!! yG x sEgaN... ;p hihi...~
~fiZe~


~rUnniNg iN rEvErsE~
May 2006
June 2006
August 2006
October 2006
November 2006
December 2006
June 2007
April 2008
May 2008

crEdiTs
designer   DancingSheep
resources   + +


~~ Jus 4 LaUgh gaGs ~~
- Thursday, June 22, 2006 -

Orang Melayu
Seorang penumpang berada di atas kapal terbang yang sedang terbang melintasi Lautan Hindi. Di sebelahnya sedang mengelamun seorang lelaki separuh umur. Penumpang ini pun bertanya kepada lelaki di sebelahnya itu, "Encik orang Melayu ke?". Lelaki itu menoleh kemudian berkata dengan yakin "Bukan!". Penumpang tadi berasa kurang puas hati. Dia bertanya sekali lagi, "Awak ni bukan orang Melayu ke?". Lelaki tadi memandangnya dengan renungan yang tajam, "Saya kata bukan, bukanlah".
Selang beberapa minit kemudian, penumpang itu bertanya lagi, "Encik pasti bahawa encik bukan orang Melayu?". Lelaki itu tidak menjawab. Tetapi dia akhirnya menganggukkan kepalanya. Selepas itu dia mengeleng-mengelengkan kepalanya. Dalam hatinya berkata "Tak faham Melayu ke dia ni. Nampak macam orang Melayu".
Selang beberapa minit kemudian, penumpang itu bertanya lagi "Encik, adakah encik orang Melayu?". Lelaki itu akhirnya menjawab dengan rasa bosan tetapi yakin, "Ya!, saya orang Melayu". Selesai dia menjawab, penumpang tadi ketawa berdekah-dekah. "Kah! Kah! Kah!". Lelaki itu kemudian bertanya "Kenapa awak ketawa?". Jawab penumpang itu sambil terus ketawa besar "Kah! Kah! Tapi rupa awak tak nampak macam rupa orang Melayu". "Kah! Kah! Kah!" dia terusan ketawa

Pak Pandir ke Kebun

Seperti biasa Pak Pandir nak pegi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah. "Hati-hati ye bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh. Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa. Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya "Kenapa Bang?" Pak Pandir pun menjawab "Sejak bila la kerajaan kita tak kasi kita MEMOTONG getah. Diletaknya papan tanda besar kat tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda "DILARANG MEMOTONG!!"....

Pearl Harbor VS Titanic

Seorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk. Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku ni?" Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor, datuk aku mati pada masa tu". Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa bodoh! apa kena mengena dengan Jepun pulak?" Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina, Burma, Vietnam, semua sama aje!" Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu. "Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem. "Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi. "Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg bodoh..!" jerit sang pengarah lagi. "Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua sama aje...!"

Mari terjun!!!

Dalam satu kejadian yg agak susah nak diterima akal, iaitu sebuah kapal terbang telah mengalami kerosakan enjin dan sedang menjunam hendak terhempas, terdapat 5 org penumpang di dalamnya tetapi beg parachute kecemasan hanya ada 4. Berkata laa penumpang pertama, "Aku Hafiz Hashim. Malaysia perlukan aku. Kalau aku tadak, mcmmana nanti Malaysia nak menang All England lagi?".Lalu dia mengambil beg pertama dan terus terjun. Penumpang kedua pulak berkata, "Aku Hillary Clinton, bekas watina pertama US. Aku seorang yg paling bercita2 tinggi dan aku juga senator New York. Aku juga berpotensi nak jadi seorang President". Dia pula mengambil satu beg dan terus terjun. Penumpang ketiga menyampuk, "Ahh... aku President US! George W. Bush. Aku ada tanggungjawab yg berat untuk menjaga sebuah negara yg kuat. Tambahan pula, akulah President yg terpandai dlm s! ejarah US. Org Amerika mana yg hendak melihat aku mati?". Dia terus menyentap satu beg dan terus terjun. Penumpang keempat, Osama Bin Laden berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun, "Saya seorang Muslim dan saya berserah kpd Allah utk menentukan hidup dan mati saya. Adik ambillah beg parachute yg terakhir tu".Budak 10 tahun itu menjawap, "Jgn bimbang. Ada satu lagi beg parachute utk pakcik. President terpandai dalam sejarah US tu terambil beg sekolah saya".

Tepon

Ini cerita pasal seorang pemuda yang baru membukak satu pejabat baru...al-maklumlah loan baru lulus kat bank dan hati meluap luap nak bukak business...tak tahu lah business apa...nanti aku tanya..!! Pejabat dia tu tak laaa banyak sangat barangan pejabat yang diisinya...ada laa 3 biji meja dan kerusi tiap satu... almarinya..stationerynya la...tong sampahnya la... dan yang patut patut kena isi kat pejabat dan especially talipon...!! Dia ni boss kat pejabat tu...selepas mengemas bilik pejabat, dia pon releks laaa kat dalam opis dia tu...ye laaa...boss lah katakan?!! Mula lah berangan tu......berangan ni...!! Tiba tiba pintu pejabat diketuk dari luar...ah!!...mesti pelanggan datang ni...lalu disuruhnya orang yang diketuk pintu tu masuk... masa tu jugak dia angkat talipon dan ceritalah projek besar - juta2x...pura pura kat depan orang yang datang tadi...orang yang datang tadi hanya:duduk diam tak kata apa apa... Bila dah puas cakap sampailah masa dia letak talipon tu...lalu dia pon kata kat pelanggan yang masuk tadi...errr!...maaflah... sibuk sikit...maklumlah projek tu...projek ni....tak boleh nak biar...kena arrange appointment dengan client...so...boleh saya bantu?? Dengan selamba pelanggan itu kata... "Err...encik...saya ni dari Syarikat Telekom... datang nak sambung talian talipon...!!"

WAD ICU

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut... Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur... Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus.. Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba...... Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Bedah.... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut.... soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan.. vacuum cleanernya...

PAM MINYAK

Bermulalah satu cerita di station minyak atau lebih dikenali sebagai pam minyak. Di pam minyak ini ada dua orang pekerja bangla yang hanya tau cakap melayu sikit, omputih sikit dan bahasa bangla banyak yg dia tahu. Seorang itu bernama Majid dan seorang itu lagi bernama Hasan. Pada satu hari berhenti lah sebuah kereta mewah adik-beradik Mercedes utk mengisi minyak. Pemandu kereta itu seorang yg berbangsa arab. Kebetulan pula minyak di pam minyak itu dah abis dan ini mendatangkan masalah kepada hasan utk memberitau kepada org arab itu bahawa minyakdah abis. Orang arab itu pula tidak tau berbahasa melayu cuma tau bahasa omputih sikit dan bahasa arab tentulah terror kan... Hasan cuba memberitahu kepada org arab tu sambil menyebutfuel dan disusuli gerakan memusingkan tangan menandakan minyak abis, tetapi orang arab tu ternganga luas tanda tidak paham. Hasan cuba lagi sekali lagi dengan menyebut fuel dan disusuli gerakan memusingkan kepala, tetapi orang arab tu ternganga luas juga tanda tidak paham ler tu..memang bodo sikit org arab ini. Hasan pun tak tau nak buat camner..dia pun pegi kat Majid utk menerangkan situasi dier sekarang. Mereka bercakap dalam bahasabangla, dan ditranslatekan begini. Hasan: Majid, tolong aku majid, org arab tu tak tau minyak kat sini dah abis Majid: ala...ko cakap jer ler..minyak dah abis.. Hasan:aku dah cakap dah, tapi dier tak paham...aku pulak, tak tau cakap omputih..Yes , No, Alright aku tau ler.. dan... I love u Majid:Aku pun tak tau jugak cakap omputih... Hasan:ala..ko tolong ler aku.. Majid: ok tak per...aku tau sikit-sikit cakap arab Lalu pergi la..Majid dekat org Arab tu dan berkata; Fuel!, Sodoqallahulazimmmmm, dan baru ler..org arab tu paham dan dier pun blah...ler...

I'M SORRY....

Seorang awek yg Bahasa inggerisnya tak berapa betul terlanggar seorang jejaka inggeris di sebuah pusat membeli belah.. Awek : I'm Sorry... Balak inggeris : Im sorry too.. Awek tadi kebingungan dan merasakan dia harus menjawab mat salleh itu tadi.. Awek : im sorry three... Balak inggeris : What are you sorry for? awek : I'm sorry, five. mat salleh pun terus belah....


< 2:05 PM >